"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apabila Raja "bergocoh" dengan Polis.......

tokpepijat
Kita biasa dengar orang politik bergaduh dengan pihak Istana. Mantan MB Kelantan Muhammad Yaakob pernah"bergaduh" dengan Sultan Kelantan menyebabkan BN tewas di Kelantan. Pernah Anuar Musa "tabal"Sultan baru bagi Kelantan dan jajahan takluknya zaman Mahathir.

Dr Mahathir juga pernah "memalukan dan melondehkan" kedaulatan Raja Melayu semasa krisis perlembagaan 1988.

Begitu juga dengan UMNO Terengganu dengan Sultan Terengganu. Hingga dihina Sultan sebagai "menatang". Dahsyatnya jika orang politik terutama UMNO jika "berperang" dengan Raja-Raja Melayu.

Hari ini, satu lagi episod baru berlaku di tanahair kita iaitu apabila Raja berperang dengan Polis. Berlakunya aksi cabar-mencabar, dedah mendedah, lari melari dan main sorok-sorok!

Kelakar kan. macam budak-budak?

Begitulah yang menimpa antara Raja Petra Kamarudin dengan IG Musa.

Kadangkala kita lihat "permainan" antara Raja dengan Polis ini umpama versi filem Hollywood. Dimana dikala seseorang itu sedang diburu, tiba-tiba orang yang diburu itu tahu segala gerak geri pemburu seperti aktiviti di rumah, pejabat hatta pemburu buang air pun dia tahu! Macam pasang CCTV dalam rumah pemburu.
Siap main "sorok-sorok" dan "kata mengata". Ada kata Raja Petra berada di Poland, UK bahkan Raja Petra mendakwa beliau masih berada di Malaysia tetapi malangnya IG Musa tidak dapat mengesannya. Main"sorok-sorok" katakan!

Teguh dan berani juga Raja Petra. Siap sanggup korbankan anaknya demi kebenaran. Raja Petra bagi sekali dalilnya dengan kisah seorang ibu zaman Rasulullah yang rela anaknya seorang demi seorang terkorban demi Islam. Hebat juga kerabat diRaja Selangor ini bagi hujahnya.

Tiada diketahui kesudahan kisah "perang " antara seorang bernama Raja dengan manusia berjawatan tinggi Polis ini.

Moga Raja Petra cepat- cepat berjumpa dengan IG Musa di Mahkamah. Biar Mahkamah yang menentukan siapa yang benar dan sebaliknya. Tidak perlu cabar mencabar dan sembunyi-sembunyi lagi. Nanti seluruh dunia ketawakan perangai keanak-anakkan kita.

Apa yang penting, kita tidak mahu Raja Petra kehilangan anaknya dan kita juga tidak mahu IG Musa diganggu Raja Petra kerana IG Musa pernah mendapat rawatan jantung di IJN. Takut-takut bertambah penyakitnya nanti.

Tiada ulasan: