"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sindiket curi pasir: 4 lagi pegawai kerajaan ditangkap

PUTRAJAYA, Jan 21: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menangkap empat pegawai kerajaan di dua buah negeri kerana disyaki terlibat dengan sindiket mencuri dan menyeludup pasir.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini hari ini, penangkapan itu membabitkan tiga orang di Pahang dan seorang di Johor menjadikan jumlah keseluruhan seramai 38 orang yang diberkas setakat ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengumumkan penangkapan 34 orang di lima buah negeri kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri dan menyeludup pasir.

Menurut kenyataan itu, 20 orang telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari, manakala selebihnya dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah pernyataan percakapan mereka diambil.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: