Dulu jika ada perkara yang berkaitan sentiviti agama, PAS sering menjadi sasaran. PAS dilabel sebagai ajaran sesat, pelampau agama, komunis, tolak pembangunan dan pengganas.
Pembunuhan Memali, PAS dituduh mahu lancarkan revolusi dan gulingkan kerajaan dan tubuhkan kerajaan ala-Iran. Bahkan Assyahid Ustaz Ibrahim dituduh bawa ajaran sesat. Dijaja dan diulang-ulang "ayat -ayat jahat" itu oleh UMNO, Berita Harian, Utusan Malaysia dan RTM ke serata Malaysia.
Begitu juga apabila kuil Hindu dan kilang arak di Shah Alam di serang. PAS cuba dikaitkan. Tidak ketinggalan peristiwa "rompakan" senjata di Bukit Sauk. PAS juga cuba dikaitkan.
Ketka itu, UMNOlah didakyahkan sebagai segala-galanya yang baik. Sebagai hero, pahlawan, pembela bangsa dan ugama, moden, toleransi dan "segala mak nenek" kebaikan.
PAS ketika itu senantiasa berada di"kandang orang bersalah". Tiada siapa yang sudi berkawan. Bahkan istana juga seolah "takut"memberikan title "Datuk" kepada pemimpin PAS. Dato Asri dapat title ketika PAS dalam BN.
Kini zaman telah berubah. Pemikiran rakyat telah berubah. Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi seperti zaman 60an,70an,80an dan 90an.
Terbaru, apabila Gereja di serang, PM Najib sekonyong-konyong menafikan anggota UMNO terlibat. Ini menunjukkan Najib tahu rakyat tidak melihat PAS sebagai pihak yang disyaki. Sepantasnya Najib cepat-cepat menafikan UMNO terlibat. Tentunya beliau tahu, rakyat melihat kes ini dengan "jelingan tajam" terhadap UMNO. Barangkali Najib tahu sebab-sebabnya.
Bermula PM, Timbalan dan Menteri UMNO bertungkus lumus menafikan penglibatan UMNO. Peliknya tiada pula penafian oleh Menteri MCA, MIC dan GERAKAN !
Barangkali kerana itulah Najib, Hishamudin, Muhyiddin "lari" ke luar negeri untuk "tenangkan" fikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan