MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN
Ugutan Yayasan Basmi Kemiskinan kepada kerajaan negeri yang mahu menyerahkan pengurusan tanahnya kepada Amanah Raya Berhad adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.Setelah beberapa kali kerajaan negeri mendesak YBK mengemukakan laporan kewangan tahunannya, Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Sakom menyatakan ia sudah diterbitkan di laman sesawang YBK.
Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan laporan itu hanyalah berkaitan aktiviti tahunan YBK dan menyifatkan Zainal cuba berdalih.
“Zainal Sakom cakap, saya dah terbitkan akaun, tulis akaun, boleh jadi orang Umno tak tahu baca akaun, saya reti baca akaun, dalam akaun tak ada tulis ini, u tak ada cerita, besok tanah hilang, duit semua hilang, saya tanya mana itu akaun, lepas tu dah takut dah, saya serahkan kepada amanah raya, bukan kerana apa, serahkan kepada kerajaan negeri, kita bagi kepada rakyat”, kata Abdul Khalid.
Beliau berucap demikian dalam Forum Rakyat di Cheras malam semalam.
Menurut Tan Sri Khalid, sebelum ini YBK cuba menukar status tanah seluas 1,300 ekar di Serendah dari pertanian kepada komersil dengan tujuan membina bangunan komersial.
YBK kemudian menukar perancangan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak kampus Universiti Teknologi MARA.
Bagaimanapun tindakan itu mencurigakan kerana tanah terbabit cuba dijual pada harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa.
“Dia nampak sombong pula, sekali rupa-rupanya sombong itu kita tengok kerajaan negeri Selangor bukannya bagi sikit-sikit, dia bagi 1,300 ekar tanah di Serendah dekat kawasan Proton, 1,300 ekar tanah dengan janjinya dulu nak dibagi RM600 satu ekar, tak lebih dari RM0.20 satu kaki persegi, jadi kita kata, kalaupun Yayasan Basmi Kemiskinan itu pun tidak pejam mata jual tanah itu, dia jual tanah itu kalau tanah pertanian sekurang-kurangnya RM1.20 satu kaki, ataupun RM60 ribu satu ekar, kalau dijual RM60 ribu satu ekar, nilainya ialah lebih RM70 juta.
“Lepas itu minta kerajaan negeri bukan bagi kawasan pertanian, katakan kawasan perumahan dan nak buat bangunan komersial, kalau komersil harga RM10 sekaki, dekat Cheras pun tak dapat RM10 sekaki, RM10 sekaki ialah RM400 ribu satu ekar, RM400 ribu darab dengan 1,300 ekar, RM500 juta, jadi dulu boleh jadi Khir Toyo tak tahu kira, sanggupkah negeri Selangor membiarkan RM500 juta itu dengan cara tidak terkawal, Umno kata boleh tapi Pakatan Rakyat dan Keadilan kata tak boleh, ini hak rakyat”, katanya lagi.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan