"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Untung Ratusan Juta Masih Nak Cekik Darah

Sofi Wahab

Keuntungan bersih suku pertama Tenaga Nasional berjumlah RM706 juta, menyumbang 33 peratus daripada unjuran setahun penuh kami sebanyak RM2.6 bilion.

Bagi suku pertama berakhir 30 November, 2009, TNB mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2008, disebabkan kerugian dalam tukaran asing yang lebih rendah sebanyak RM45.4 juta berbanding RM1.43 bilion sebelumnya, selain perbelanjaan operasi yang lebih rendah berikutan kos bahan api yang berkurangan.

Keuntungan sebelum cukai sebanyak RM973.1 juta berbanding kerugian RM772.7 juta manakala perolehan susut kepada RM7.338 bilion daripada RM7.414 bilion berikutan penurunan tarif, berkuatkuasa Mac tahun lalu.

Angka ini dikeluarkan oleh sebuah firma iaitu MIDF Research.

Firma penyelidik lain, Kenanga Research berkata keuntungan berulang suku pertama Tenaga Nasional sebanyak RM869 juta itu mengatasi jangkaan.


Persoalannya sekarang dengan keuntungan ratusan juta ringgit setahun apakah TNB masih mahu menaikkan tarif elektrik. Tidakkah ini tamak namanya. Pada masa yang sama ianya membebankan rakyat yang sudah pun sengsara sekarang.

RM1BILION UNTUK F1 : LEBIH BAIK GUNA UNTUK BANTU RAKYAT
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebAbkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi saya jika pun duit itu diperolehi dari syarikat swasta adalah lebih baik ianya disalurkan kepada rakyat yang miskin yang amat memerlukan bantuan kepada meneruskan kehidupan mereka. Banyak yang boleh dilakukan dengan jumlah wang RM1bilion tersebut.


Kerajaan sepatutnya menasihati syarikat swasta terutama GLC supaya menyalurkan wang tersebut kepada rakyat melalui agensi-agensi kerajaan atau NGO-NGO yang diyakini boleh membantu rakyat.

Masih ramai rakyat yang miskin, papa kedana, tiada rumah, merempat, tiada pendapatan tetap, anak-anak yatim, ibu tua dan sebagainya. Apa yang golongan itu perolehi jika wang RM1bilion itu digunakan untuk menaja F1 team.?

Memang kita tidak nafikan nama Malaysia dan syarikat Malaysia tercatat di arena antarabangsa dengan penajaan tersebut tetapi kita juga mesti mengkaji sejauh mana kesannya kepada peningkatan ekonomi negara dan manfaatnya kepada rakyat. Hanya hanya gah pada nama tetapi tiada hasil dan untungnya. Sedangkan pada masa yang sama rakyat semakin menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak berkesudahan.

Sepatutnya dengan wang sejumlah itu ianya boleh diperuntukkan bagi memberikan modal perniagaan, pembinaan rumah orang miskin, biasiswa pelajar miskin dan sebagainya.

http://mutaligat.blogspot.com/

Tiada ulasan: