"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maksiat Berterusan Walaupun Laporan Telah Dibuat Sebulan Yang Lalu

Adik Yang Prihatin
Assalamualaikum,
TO WHOM WHO MAY CONCERN ABOUT ISLAM IN MALAYSIA

Saya sebagai Ahli ABIM ketika menuntut dahulu, terpanggil untuk menulis email ini kepada badan2 yang berteraskan Islam selain Jabatan Agama Islam Selangor yang GAGAL melakukan tanggungjawab diatas alasan kekurangan kaki tangan.

Sebulan yang lalu, kakak saya telah membuat aduan kepada JAIS tentang perbuatan terkutuk jiran/penyewa rumah di Kondominium Sinaran Ukay.

Pasangan kekasih Melayu Islam bersekedudukan di rumah yang disewanya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa sehingga hari ini, walaupun laporan secara rasmi telah dibuat, namun pelbagai alasan di beri oleh pegawai bertanggungjawab/ 'in charge' setiap kali kami membuat panggilan untuk mendapatkan feedback terhadap 'plan' JAIS untuk menangkap pasangan ini bagi menghentikan salah satu perbuatan MAKSIAT yang terjadi di dalam di bawah pantauan keraajaan negeri Selangor.

Tetapi apa yang berlaku amat menghampakan. Sehingga ke hari ini, pasangan tersebut masih bersekedudukan, tinggal di dalam satu rumah dengan lagak seperti suami isteri. Tiada apa apa tindakan dibuat hingga ke hari ini atas alasan tidak cukup kaki tangan untuk melakukan tangkapan. Saya sebagai seorang Muslim, amat terasa MALU dan KERDIL. Di dalam negara kita sibuk mempertahankan isu2 'interracial' yang agak mengancam keamanan negara, ISU ISU YANG WAJIB di lakukan terus ketepikan.

Spekulasi terhadap pasangan tersebut sama ada mereka golongan VIP, tidak perlu di risaukan. Ini adalah kerana, pasangan tersebut adalah orang2 biasa sahaja. Bukan dari golongan yang terkenal, VIP atau artis..

Oleh itu, saya berharap agar tindakan yang sewajarnya dapat di lakukan atau di BANTU SEGERA agar perbuatan terkutuk MAKSIAT di SINARAN UKAY CONDOMINIUM, JLN BU1/1, TAMAN BUKIT UTAMA, BUKIT ANTARABANGSA, 68000 AMPANG SELANGOR dapat di HAPUSKAN serta merta. Lelaki melayu Islam yang bersekedudukan dengan kekasihnya janda anak satu, mengaburi jiran jiran dengan tipu daya bahawa mereka pasangan suami isteri sejak September 2009!!!

Dimana tanggungjawab JAIS???Intipan dan siasatan yang dibuat oleh kami seperti yang diminta oleh pegawai in-charge telahpun dilaksanakan beberapa kali. Tetapi sia sia kerana tidak ada pegawai yang bertindak atas alasan 'tidak cukup masa/kakitangan'..Tidak guna segala maklumat di Website JAIS menyeru UMAT ISLAM SELANGOR agar melakukan kebaikan ,mencegah kemungkaran jika segalanya BERCANGGAH dengan apa yang sebenarnya di praktikkan di dunia nyata yang sementara ini atas alasan remeh!TERHAKIS SUDAH kepercayaan terhadap JAIS.

wassalam.
Adik yang perihatin

Tiada ulasan: