"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelakon lelaki edar dadah ditahan reman

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Seorang pelakon lelaki yang disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain ditahan dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah kondominum di kawasan Segambut di sini.

Dia kini ditahan reman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata lelaki berusia awal 30-an itu, yang merupakan anak seorang pelakon wanita veteran, ditahan bersama teman wanitanya berumur lingkungan 20-an kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Susulan dengan tangkapan itu, polis menyerbu rumah lelaki itu di kawasan Kepong dan menemui 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000, kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu.

“Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu.

“Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: