"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN tabur RM1.8 bilion pada Pilihan Raya Sarawak


KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa pilihan raya negeri Sarawak  berlangsung April lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan.
“Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.
“Program dan projek yang diumumkan merupakan projek yang dirancang lebih awal. Sebanyak 52 projek dilaksanakan dalam tahun 2011 dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun hadapan,” kata Najib dalam kenyataan bertulisnya di parlimen hari ini.
Beliau turut menyenaraikan antara beberapa kementerian, agensi dan jabatan yang disalurkan projek ketika kempen pilihan raya itu yang menyaksikan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), adalah paling tinggi.
“Peruntukan khas Perdana Menteri, sebanyak 34 projek dan program dengan nilai sebanyak RM22,748 juta. Manakala peruntukan tertinggi ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak 13 projek bernilai RM535 juta.
“Seterusnya yang turut tinggi menerima peruntukan ialah Kementerian Kesihatan sebanyak RM212 juta. Kementerian Kerja Raya juga menerima sebanyak RM200 juta,” jelas perdana menteri.
Antara kementerian lain yang turut diberi peruntukan terdiri daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, Kementerian pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tiada ulasan: