"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan kumpul bukti keganasan polis, kata Azmin

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat akan mengumpul bukti keganasan polis yang dilakukan terhadap peserta himpunan aman Bersih, Sabtu lalu kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Justeru itu, katanya beliau meminta mereka yang mempunyai bukti berhubung serangan ganas polis supaya tampil mengemukakan maklumat agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak berkuasa itu.
Katanya, bukti kekasaran yang telah didokumenkan boleh dihantar sama ada terus kepada sekretariat Bersih 2.0 atau Pakatan Rakyat.
Bercakap kepada Malaysiakini dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas.
Katanya, polis tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan itu.
Menyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh sembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian.
Katanya, mereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.
Katanya, mereka yang melaporkan hanya 6,000 hadir ialah Utusan Malaysia, TV3 dan ketua polis negara.

Tiada ulasan: