"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10,000 aktivis Himpunan Hijau mara ke Dataran

Lee Long Hui
Dianggarkan 10,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.

Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.

Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112 6Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.

"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.

"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.

Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.
himpunan hijau dataran merdeka 251112 hula
Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya.

Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat.

"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.
himpunan hijau green walk crowd


"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.

Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000 orang.

Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.
himpunan hijau green walk crowd at duke highway 251112


Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah aktivis siswa, Adam Adli, Dalam perarakan ini turut kelihatan aktivis pelajar, Adam Adli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan juga yang dipertua PAS Batu Ishak Surin.

Tiada ulasan: