Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Parlimen ke-12 sepatutnya dibubarkan semalam bagi membolehkan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, dengan hari penamaan calon pada 16 Mac dan pembuangan undi pada 30 Mac.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, 22 Februari berlalu tanpa sebarang pembubaran Parlimen, dengan spekulasi bahawa tarikh pembubaran dianjakkan antara 15 hingga 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April.
Menurutnya, dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak akan membuang undi kerana mereka dijangka tidak akan pulang ke kampung sekali lagi selepas pulang minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang akan jatuh pada 5 April.
“Saya dimaklumkan pertama kali tentang pembubaran Parlimen pada 22 Februari selepas mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling ‘hangatuntuk pembubaran Parlimen PRU13,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam satu kenyatan semalam.
Namun, ujarnya jelas dengan kesilapan demi kesilapan, Datuk Seri Najib Razak kurang keyakinan terhadap persediaanya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 dan kemampuan untuk melepasi ujian Mahathir oleh mantan Perdana Menteri itu pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15, 31 Januari lalu.
Katanya, ‘ujian Mahathir’ untuk Najib di dalam PRU13 iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan sepatutnya melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika Umno Barisan Nasional cuma mendapat majoriti tipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan