"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli PPP 'serbu' ibupejabat Malaysian Nanban dan memukul wartawan

Lu Wei Hoong

Seramai 60 ahli Parti Progresif Malaysia (PPP) bertindak "menduduki" ibupejabat akhbar harian berbahasa Tamil Malaysian Nanban untuk menuntut permohonan maaf berhubung penyiaran sebuah artikel yang didakwa menghina parti itu.


Ianya berlangsung selama lima jam mulai 2.30 petang dan menyaksikan wartawan LK Raj - bukan penulis artikel tersebut - diserang, didakwa oleh beberapa ahli PPP.

Raja mendakwa ditumbuk lima kali, menyebabkan kecederaan di kepala, perut dan kaki kanannya.

Dia mendakwa seorang penyerangnya juga membuat ugutan bunuh terhadapnya dan dia kini bimbang akan keselamatan dirinya.
NONE
Ahli PPP berkumpul di pejabat Malaysian Nanban di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ketika mengiringi Presiden parti itu, Datuk M Kayveas menemui pegawai akhbar berkenaan.

Pegawai Malaysia Nanban mendakwa kumpulan tersebut bertindak agresif terhadap Kakitangan tersebut.

Kayveas memberitahu pemberita kemudiannya bahawa partinya akan mengambil tindakan terhadap penyerang tersebut jika mereka didapati dari kalangan ahli parti itu.

Tiada ulasan: