"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mungkinkah Najib akan letak jawatan sebelum PRU13?

senik
Assalamualaikum,

Jabatan Penerangan tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepertimana yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial pagi ini.Lanjut sila baca sini

Mengesyaki laman sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan penerangan digodam dengan penyiaran dua kenyataan iaitu Memo Permohonan Rakyat Malaysia (e-Press) dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan merupakan satu perkembangan terkini kemelut yang tidak berkesudahan yang dihadapi PM dan UMNO. Siapa agaknya yang buat lawak dengan mengodam sistem e milik Jabatan Penerangan?

Apa yang bolih dilihat sekarang, kemungkinan ada benarnya berita yang mengatakan Najib berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya, siapa yang memberi tekanan, khabar mengatakan tak lain tak bukan, Yidin anak Yassin! Tetapi kes godam yang dilakukan terlebih dulu dari PRU menjadi adegan semakin menarik, apatah lagi Najib baru saja berjanji di hadapan anak anak Kelantan di perantauan atas nama Perdana Menteri.

Selain itu Najib juga mungkin tidak berupaya menyerap tekanan yang semakin tinggi dan terpaksa juga melepaskan jawatannya sekalipun Big Mama menghalang.

Tiada ulasan: