"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kubu Umno pecah, PAS buka 2 cawangan baru di Johor

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Malam tadi, dua cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kampung Parit Gantung dan Batu 22 Jalan Muar.

Menurut blogger Mutaligat, hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas-bekas pemimpin dan penyokong kuat Umno.

Meskipun Umno cuba manipulasi isu kalimah Allah dengan mengadakan solat hajat selepas Jumaat di seluruh masjid di negeri Johor dan menakutkan orang Melayu dengan DAP, ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Parit Gantung dan Batu 22 terletak dalam Parlimen Parit Sulong.

Pemimpin BN khususnya Umno elit, jarang turun padang.

Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah Melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan generasi 2 dan 3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor.

Insya Allah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. Umno bakal berkubur di Johor!

Tiada ulasan: