ARIF ATAN
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KeADILan, Tian Chua menempelak tindakan Perdana Menteri yang jelas berfikiran cetek dengan cuba menumpang populariti penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'.
"Najib Razak terserlah sebagai pemimpin akal pendek. Dia barangkali tidak ingin ambil tahu pun mesej dalam lagu itu yang sebenarnya mengejek dirinya dan Umno-BN sendiri.
"Bagaimana Najib dan isterinya, Rosmah yang semua tahu hidup mewah dan boros boleh meraikan lagu yang sebenarnya mengkritik gaya hidup mereka?" tempelak Tian.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kegilaan orang ramai terhadap lagu itu sebenarnya turut didorong fenomena rakyat menentang gejala luasnya jurang kaya dan miskin.
Tambahnya, taktik 'mahal' Najib Razak itu dengan kos yang dilaporkan mencecah RM2 juta akhirnya hangus begitu sahaja kerana gagal menarik sokongan rakyat kepada Umno-BN.
"Mereka datang kerana mahu melihat persembahan Psy. Selesai Psy menari kuda itu ramai balik meninggalkan program," katanya mengulas kecenderungan pengunjung di rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN Pulau Pinang.
Difahamkan, 'Oppa Gangnam Style' bermaksud “Abang Gaya Gangnam” dengan 'Gangnam Style' merujuk gaya hidup mewah golongan yang mendiami wilayah kelas elit di tenggara Seoul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan