"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UMNO/BN Dibalik Ceroboh Tentera Lahat Datu?

Ibnu Hasyim
SIAPA pencroboh itu?
Siapa tentera pencerobohkumpulan warga Filipina baru-baru ini yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah mengaku sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu'.itu? Benarkah kenyataan mereka itu?

Menariknya, ada sepekulasi mengatakantindakan mereka diatur dan diselenggarakan oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri. Hal ini bertujuan untuk mnejadikannya UMNO/BN sebagai hero dalam PRU (Pilihan Raya Umum) ke 13 akan datang, di mana pengundi-pengundi yang tidak yakin dengan BN akan kembali menyokong BN.

Demikian antara banyak pandangan yang dikutip oleh ZULASREE @ Asree Sug dalam blognya Kesultanan Sulu .

Tulisnya..

"Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN.
"Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN.
"Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi minyak di Laut Sulu dan Spratly.

"Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu.
"Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

Bocor rahsia..

Maka akhirnya menurut Zulasree, bocor rahsia sebenarnya, penceroboh itu adalah tentera KIRAM yang ditipu dengan janji-janji pelik, oleh bosnya, iaituSultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjunga.
Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan mereka makanan.
Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama.

Siapa Sultan Jamalul Kiram III dan hubungan dengan Gerakan SSDI..
PBMM Sultan SSDI
Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam(SSDI) yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu yang ditabalkan pada11 Okt. 2012; (Lihat Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..) telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi.

Laporan itu memberitahu, ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul.

Sultan Bantilan II terus mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Sekiranya ada ahli SSDI terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada, minta laporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang. Menurut Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

Beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot yang berangkat, satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu di situ. Dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng.

Menurut laporan terbaru dari Zulasree, dikatakan kumpulan Sultan Jamalul Kiram III kini tidak sedar bahawa mereka telah dibuang oleh kaumnya bangsa Tausug kerana, mereka berpendirian..

  • "Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah Filipina. Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat.
  • "Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi entiti sendiri sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan Sulu yang merdeka bukan dibawah ketiak Filipina....
Sedangkan..
  • "Kami generasi muda Tausug lebih rela Sabah dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah.
  • "Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina.
  • "Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.
Doa..
  • "Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II.
  • |"Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM."

Begitulah sumber dari Zulasree. Bagaimana dengan penglibatan BN-UMNO dalam kes ini? Adakah BN/UMNO sengaja melambat-lambatkan penyelesaian walaupun tiada berlaku pertumpahan darah, sehingga isu-isu yang merugikan mereka dalam PRU 13 boleh disorok dibawah tikar? Ya, kerana mereka berkuasa tidak sempat dan mampu parti pembangkang menyekat atau membongkar pengundi hantu dari Filipina?

1 ulasan:

anak jawa johor berkata...

Adakah Filipina atau Mossad/America dibelakang Raja Kiram menuntut Sabah untuk diserapkan kedalam Filipina.