"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penerima BR1M dipaksa angkat sumpah sokong UMNO/BN pada PRU nanti..

AnakSgDerhaka

Ahad lalu, Blog Cenangau ada menyiarkan sebuah kisah sedih seorang waris yang mengalami berbagai penghinaan tatkala beliau mahu mendapatkan BR1M bagi pihak bapanya..


Meskipun telah diberikan kebenaran pada awalnya untuk mengambilnya bagi pihak bapanya yang lumpuh dan sakit, namun bila beliau sampai ke kaunter yang dijaga oleh seorang ahli UMNO beliau tidak dibenarkan untuk mengambilnya bagi pihak bapanya.

Lebih malang lagi baginya bilamana Pegawai Bank yang bersama mengagihkan BR1M tersebut turut mengherdiknya mengatakan peraturan telah ditetapkan, walaubagaimana sekalipun bapanya perlu hadir juga ke dewan tersebut..

Biarpun beliau menerangkan kesusahan hidupnya kepada pegawai Bank itu, ini jawapannya yang diterimanya.."pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke...Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan..."

Cerita sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Itulah lumrah kehidupan.. yang kaya dipandang mulia, yang miskin dihina..

Ini pula satu lagi kisah mengenai BR1M, ianya bukanlah kisah sedih tetapi mengenai bagaimana pihak UMNO/BN menggunakan wang milik Kerajaan yang disalurkan bagi membantu rakyat Malaysia yang susah hidupnya lantaran kegagalan UMNO/BN membantu meningkatkan taraf hidup rakyat biarpun telah memerintah lebih dari 55 tahun seolah-olah ianya milik UMNO..

Kisahnya berlaku di Bachok, Kelantan..

Di sana para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Bachok, Kelantan dikatakan dikehendaki mengangkat sumpah untuk mengundi UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Para penerima dikehendaki mengangkat sumpah akur janji seperti yang dinyatakan pada gambar di bawah..
http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/382277_620969111253429_1731910109_n.jpg
Gambar dari KerabuBersuara
Terdesak betul UMNO/BN kali ini...

Tiada ulasan: