"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1ST Time Dengar Ada Jambatan Bunian Kat Langkawi

Mendan Tempur Kedah
Kita semua sudah maklum bahawa PRK Sg Limau hanya tinggal beberapa hari saja lagi, pelbagai tomahan dan fitnah dibuat oleh pembangkang untuk burukkan kerajaan BN seperti jambatan Pulau Bunting.. Tetapi, dalam keghairahan troopers pakatan menyerang BN mereka pun tak tahu fakta sebenar tentang isu yang dibangkitkan seperti diatas.
Menurut apa yang di tulis oleh macai PR diatas, Kerajaan BN bina jambatan berharga RM250 juta bagi memudahkan penduduk bunian shopping di kompleks Idaman Suri Langkawi.. Hairan, sejak bilalah Langkawi ada jambatan macam ni menghubungkan pulau ke pulau..

Belum ada 1 pun projek jambatan sebegini rupa di Langkawi.. Barang kali macai PR belum buat sedikit homework untuk menyerang BN..

Tapi apa apa pun biar aku jelaskan kat sini.. Bagi sikit penerangan serba ringkas tentang lokasi jambatan ini..

Untuk makluman macai PR, jambatan ini terletak di Sg Limau bukannya Langkawi, jambatan ini dibina oleh Gamuda Berhad peruntukkan dari kerajaan BN pada tahun 2002 hingga ke 2005 menelan belanja RM 150 juta, bukannya seperti apa yang difitnah pembangkang sebanyak RM 250 juta hingga RM7 bilion..
7 bilion ?? Tak agak agak nak fitnah
Panjang jambatan ini lebih kurang 2.3 KM x 13.0 lebar..Jambatan ini dibina sebagai persediaan awal untuk membangunkan Pulau tersebut sebagai pelabuhan untuk menyalurkan petroleum yang dihasilkan oleh industri petroleum dalam daerah Yan iaitu projek Zippy..Sebab tu kalau tengok jambatan ni takdak lah lebar sangat seperti jambatan jambatan lain.. Jambatan ini dibina pun untuk memudahkan urusan penyaluran.. Kalau dilihat dari sudut pembinaan,kedudukan tiang piling agak rapat berbanding tiang piling jambatan Pulau Pinang.. Bermakna jambatan ini dibina bagi menampung jumlah beban yang akan digunakan kelak..
semasa dibina
Pada 2008, Kedah jatuh ke tangan Pas dimana projek Zippy tersebut ditukar menjadi Sulihh, Kerajaan Pas meneruskan juga projek berkenaan tetapi gagal untuk dapatkan pelabur kerana menukar 100% operasi projek berkenaan diatas permukaan laut..

Jambatan ini dikatakan salah satu dari projek 'gajah putih' kerajaan BN di negeri Kedah. Ini bukan soal gajah putih atau projek merugikan, tetapi bila kuasa pemerintah bertukar tangan, apa yang dirancang oleh kerajaan sebelum ini telah bertukar.. Kalau projek Zippy diteruskan seperti apa yang dirancang oleh kerajaan BN sebelum ini, kawasan berkenaan sudah lama berubah wajah..Penduduk juga menikmati kerancakkan ekonomi dikawasan berkenaan..

Walaupun projek ini dikatakan gagal, kawasan jambatan ini menjadi tumpuan bagi kaki kaki pancing di seluruh negeri Kedah.. Pulau Bunting ini juga sememangnya satu tempat menarik untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah..

Pada PRU ke 13, Industri Petroleum di kawasan ini dimasukkan kembali dalam manifesto kerajaan BN.. Ini bermakna, kerajaan BN komited untuk memajukan kawasan ini dengan pembangunnan pada masa yang akan datang.. kemudahan seperti jambatan dan infrastruktur lain sudah ada, cuma mencari pelabur yang sesuai sahaja untuk memajukan kawasan ini...

Tiada ulasan: