"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pak Samad: Kedudukan melayu masih terancam setelah hampir 6 dekad Umno memerintah?


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.


Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

“Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Tiada ulasan: