"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam 'PAS Pahang' Umum Tinggalkan Parti

Tranungkite

RAUB: Peguam Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang banyak memperjuangkan hak-hak asasi rakyat terutamanya melibatkan para peneroka Felda di Pahang, Mohd Harris Abdullah (foto) semalam mengumumkan keputusan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan tersebut dakwanya akibat masalah kesihatan selepas pembedahan jantung beliau Februari lalu. Harris dalam satu kenyataan turut berkata keputusan keluar parti adalah jalan terbaik kerana masalah kesihatan menyebabkan beliau tidak dapat aktif dalam parti.

Harris sebelum ini pernah keluar dari Keadilan untuk menyertai PAS beberapa tahun yang lalu. Selain menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Raub. Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lajnah Tanah PAS Kawasan Raub, Ahli Jawatankuasa PAS Negeri, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Negeri, Pengerusi Jawatabkuasa Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.
Dengan keputusan tersebut, maka beliau berkata semua jawatannya dalam parti kini gugur secara automatik. Tindakan Harris ini mendapat kritikan sahabat-sahabat Pakatan Rakyat di laman sosialnya.

Apapun, keputusan sudah dibuat dan Harris berkata tujuan beliau memaklumkan perkara itu secara rasmi untuk membolehkan semua pihak faham bahawa dia kini sudah tiada jawatan dan tidak bergerak aktif lagi dalam parti itu. #pahangdaily Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Tiada ulasan: