"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peraturan bodoh pencacai Amno: Unit Amal kalau nak masuk bantu pelajar2 UniSZA yang terperangkap banjir, mesti buat permohonan resmi dulu

HARAKAHDAILY
Dr Azman (kiri) bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin melawat mangsa banjir yang melanda daerah Kuala Nerus.
KUALA LUMPUR: "Kami akan terus berbakti kerana Allah tetapi fitnah juga perlu dijawab," tegas Pengarah Jawatankuasa Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tersebarnya dalam media sosial apa yang beliau istilahkan sebagai tuduhan bertaraf sampah murahan kononnya Unit Amal PAS tidak memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terperangkap banjir.

Dipersoalkan di mana Unit Amal PAS? Kononnya hanya Pemuda Umno yang membantu.

"Saya tak pasti benarkah Pemuda Umno telah membantu, tetapi faktanya Unit Amal PAS telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan kampus serta asrama pelajar," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, kalau hendak masuk membantu, mesti kena buat surat permohonan rasmi dulu.

"Nak tunggu surat dapat kelulusan, kalau orang lapar jadi kebulur dulu! Kalau orang tenggelam jawabnya mati lemas dulu!" ujarnya lagi.

Baginya, banjir pun nak berpolitik juga, ini adalah suatu yang amat dikesali.

"Saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu di mana Unit Amal adalah satu dari armada kami merakamkan ucapan penghargaan yang tak ternilai atas segala sumbangan bakti yang telah dihulurkan oleh Unit Amal dalam operasi bantuan dan menyelamat.

"Ianya diakui oleh sesiapa sahaja yang melihat dengan mata bukan melihat dengan kepala lutut," jelas beliau selanjutnya.

Tiada ulasan: