"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senyum misteri Dr M, KJ jawab isu 1MDB

Jarang untuk dilihat dua sosok yang dilihat mempunyai 'perang dingin' ini berkongsi pentas.
Tetapi itulah yang berlaku antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Putrajaya hari ini.

Di sebalik perbezaan pendapat, kedua-dua tokoh itu bagaimanapun dilihat senada berdepan soalan pemberita berhubung isu sekitar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ditanya dalam sidang media sama ada perhimpunan agung Umno minggu depan patut membincangkan isu itu, Mahathir dan Khairy hanya membalasnya dengan senyuman, tanpa sepatah kata dilontarkan.
Ekoran itu, penganjur campur tangan dan menyebut: “Soalan lain”.

Mahathir sebelum ini dilihat kuat mengkritik aspek hutang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang juga kuat mengasak 'skandal' itu, dengan membangkitkan pelbagai persoalan dan mendedahkan pelbagai dokumen, daripada Putrajaya ke Pulau Cayman, United Kingdom.

Sementara itu, Mahathir (kanan) juga ditanya berhubung kenyataan Khairy bahawa banyak menteri menghantar anak ke sekolah kebangsaan.

Beliau bagaimanapun enggan menjawabnya atas alasan sudah berbuat demikian.
“Saya dah bagi saya punya pandangan berkenaan isu ini, tak payah saya terangkan lagi,” katanya.

Khary semalam menangkis dakwaan Mahathir bahawa ramai menteri kabinet menghantar anak mereka ke sekolah persendirian atau sekolah antarabangsa.

Khairy berkata, ramai di kalangan menteri menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri.

Bantu KJ pakai jersi

Kedua-dua mereka hari ini hadir ke program lumba berbasikal "Le Tour de Langkawi" di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mereka juga tampil mesra hari ini.

Malah Mahathir dilihat membantu Khairy memakai baju program yang disediakan penganjur.

Sebelum berjersi kuning untuk ke sidang media, Khairy semula itu hadir dalam pakaian kemeja batik berlengan panjang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: