"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soalan Cepumas: Siapakah Vokalis pop-rock terkenal ditahan miliki syabu

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan pop-rock terkenal tempatan ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di sekitar Kompleks Selayang Mall, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata, penyanyi lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam ‘Ops Tapis,’ ketika dia sedang memandu.

"Pemeriksaan ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lut sinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

"Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'," kata Ali ketika dihubungi Bernama.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. 
-Bernama-

Tiada ulasan: