"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS kekal dalam Pakatan selagi mana-mana pemimpin dalam PKR dan DAP tidak langgar syariah Islam - Suhaizan

SHAH ALAM: Pas masih akan kekal dalam PR selagi syariah Islam tidak dilanggar oleh mana-mana pemimpin dalam PKR dan DAP.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, ia kerana syariah Islam merupakan tunggak utama perjuangan Pas.

“Majoriti ahli Pas mahu parti kekal dalam Pakatan Rakyat. Perikatan itu boleh dikekalkan bersama ketiga parti.

“Tetapi jika ada yang melanggar syariah Islam, mungkin Pas akan buat keputusan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Hubungan Pas dan DAP pernah menghampiri kemuncak apabila keduanya dilihat tidak mencapai persepakatan dalam beberapa isu besar melibatkan pelaksanaan hudud dan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Melihatkan ketegangan yang dipamerkan oleh pemimpin kedua parti ini, timbul desas- desus yang mengatakan Pas akan keluar dari Pakatan.

Bagaimanapun Suhaizan ketika bercakap dengan Sinar Online hari ini menepis dakwaan tersebut.

Katanya, buat masa sekarang hubungan Pas dalam PR masih dalam keadaan baik.
-sinarharian-

Tiada ulasan: