"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PERHATIAN!!! Sesiapa yang terambil HARTA PUSAKA peninggalan Allahyarham TGNA semasa pengkebumian, tolong pulangkan

Pusaka_TG_Nik_Aziz
Rayuan daripada keluarga TG Guru Nik Aziz terhadap mereka yang terambil, tersimpan barang-barang yang digunakan semasa perjalanan terakhir semasa pengkebumian allahyarham.

Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto merah kuning dan bantal.

Ini kerana ramai yang ingin menyimpan kenangan dari tokoh hebat TG Nik Aziz, namun mengambil tanpa kebenaran sudah menjadi salah! Lebih baik pulangkan kerana ada yang lebih berhak menyimpannya.

Tiada ulasan: