"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu Sirul mahu jumpa Mahathir untuk "memberitahu sesuatu"

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar sedang mengatur pertemuan antara ibu bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
MP Pokok Sena itu berkata Piah Samat (sebelah kanan) ingin "memberitahu sesuatu" kepada tokoh negarawan itu berkaitan anaknya, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Piah berharap Dr Mahathir akan membantu anaknya sejak Sirul menjadi kambing hitam," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz turut berharap pertemuan tersebut akan membantu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan terhadap warganegara Mongolia itu termasuk motifnya.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut mendedahkan rasa bertuah terhadap Dr Mahathir kerana membangkitkan isu itu.

"Masa saya cakap dengan dia melalui telefon, dia beritahu saya bahawa dia 'terharu' dengan kenyataan bekas perdana menteri itu," katanya.

Semalam, Dr Mahathir meminta polis menyiasat dakwaan Sirul.

Dalam temubual eksklusifnya dengan Malaysiakini Sirul berkata beliau hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya Shaariibuu masih bebas.
Mahathir (kanan) semalam berkata kenyataan Sirul harus disiasat kerana perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika dia dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

"Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya dalam blog.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: