"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan dikecam

GAMBAR menunjukkan sekumpulan remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan.
Bengkulu: Majlis Ulama Indonesia (MUI) wilayah Bengkulu mengecam sekumpulan remaja bergambar seperti sedang bersolat di tengah jalan di bandar ini.

Wakil MUI Bengkulu, Zulkarnain Dali berkata, tindakan remaja itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.

“Solat ada rukun dan syarat yang perlu diikuti. Solat juga perlu dilakukan di tempat suci dan menghadap kiblat,” katanya.

Lapan remaja itu mencetuskan kemarahan penduduk Islam di Indonesia selepas merakamkan beberapa gambar seperti sedang solat di lintasan zebra di satu persimpangan lampu isyarat di sini.

Gambar itu kemudian dimuat naik di laman Facebook seorang remaja yang dikenali sebagai Rizqy Zhoon (Bos Boncel).

Kata Zulkarnain, ada remaja dalam gambar itu tidak memakai baju, berseluar pendek, berkasut dan memakai pakaian yang tidak sesuai untuk solat.

“Kami mengecam tindakan ini dan menggesa pihak sekolah dan jabatan pendidikan mengambil tindakan terhadap remaja itu.

“Kami juga mahu pihak polis menyiasat remaja ini kerana ia mencetuskan kemarahan orang Islam,” jelasnya. - Agensi

Tiada ulasan: