"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Patutnya salam Najib tidak disambut - Subky Latif

Subky Latif
IKUT patutnya salam kerjasama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib agar Umno bekerjasama dengan PAS tidak perlu dilayan justeru PAS baru saja dikecek oleh Umno.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Jamil Khir Baharom tentunya tidak pandai sendiri menyarankan kepada Kerajaan Kelantan meninda enakmen kanun jenayah Syariah Kelantan 11 bagi membolehkan pindaan dibuat pula di Parlimen sebagai laluan pelaksanaan hudud di Kelantan dan mungkin juga di Terengganu.

PAS pun apa yang disarankan tetapi PM Najib biarkan PAS terkial-kial untuk membawa usul persendirian di Parlimen atas perkara itu. Umno basuh tangan.
Tetapi PAS adalah sebuah badan politik yang juga gerakan dakwah. Maka lamaran Umno itu mendapat reaksi yang menyenangkan dari PAS. Tidak keberatan bagi PAS menimbangkan untuk bekerjasama.

Kerjasama macam mana tiada yang tahu kerana belum diketahui ada kedua-dua pihak membuat apa-apa pertemuan, setakat yanag diketahui.

Kerjasama kedua pihak tidak boleh dimulakan dengan Umno mengirim Jamal Khair Bahrom atau Dr ASyraf Wajdi Dasuki dengan Nik Abduh atau Takiyudin Hassan.

Cakap Jamal Khair dan Dr Asyraf tidak laku. Ia mesti bertemu dulu PM Najib dengan TG Abdul Hadi Awang seperti yang Tun- Razak dan Dato’ Asri lakukan acam kali selepas 13 Mei 1969 dulu.

Jadi atau tidak jadi keduanya mesti acap bertemu dulu. Tak jadi pun tak mengapa tetapi pertemuan empat mata antara keduanya sekurang-kurangnya TG Haji Hadi dapat sampaikan nasihat dulu sekurang-kurangnya.

Apa pun Umno nampaknya macam hendak sangat. Macam ia sudah hendak dilakukan esok atau lusa. Apa yang ada dalam hati pemimpin PAS tidak dikektahui lagi, tapi tindakan melarang peserta Israil dalam temasya luncur layar sudah dilihat sebagai permulaan kerjasama itu.

Tentulah kerjasama yang dibangkit itu baru peringkat alam diplomasi. Kedua-duanya wajar bercakap elok. Tapi kalau belum sempat apa lalu dikatakan bendabenda yang benarkan kerajaan buat sudah dikatakan kerjasama sudah bermula, takut terlajak laju sangat.

Sama ada Umno suka atau tidak suka, tiada muka dalam Umno yang sedia bercakap belawanan dengaan apa yang Najib kata. Kalau Najib kata, Umno patut terjun ke telaga najis nescaya berdulu kemudian mereka terjun.

Akan tetapi sekalipun sudah habis anasir anti Tok Guru Abdul Hadi dalam lari ke alam lain ada juga yang pro kepimpinan ulama, setia kepada PAS, ada yang tidak sedap hati juga dengan apa yang dikatakan kesediaan PAS bekerjasama dengan Umno.

Mungkin sesama pimpinan yang acap bertemu dengan TG Haji Hadi telah mafhum dengan apa yang beliau maksudkan dengan kerjasama itu, tetapi ada yang sedia dengan PAS itu yang kecut perut dan sakit kepala dengan reaksi pemimpin PAS itu.

Hingga ada yang berkara, akan berlaku gembang kedua meninggalkan PAS dengan kerjasama itu. Saya dak pernah bertemu dan berbincang dengan pimpinan PAS atas perkara terbaru ini. Ramai yang bertanya saya akan arah tuju cakap-cakap terbaru itu.

Ada yang menyebut mereka tidak faham dan belum setuju dengan reaksi dan apa yana pimpinan PAS hendak buat dengan kerjasama itu.

Saya tidak dapat paksa mereka menerima yang pimpinan PAS mahu. Cuma saya suka sentuh sedikit tentang alam diplomasi politik yang dimainkan oleh para pemimpin. Tidak semua perkara diplomasi dan muslihat kerjasama itu boleh diterangkan kepada semua.

Diplomasi itu adalah alam yang penuh dengan muslihat. Pemimpin tidak cerita semua apa yang dalam kepalanya kepada semua. Kepada yang terdekat pun perlu juga dirahsiakan dulu. Jika semua yang sulit yang pemimpin hendak buat, jika diceritakan kepada orang, maka muslihat tidak jadi muslihat lagi dan pihak sasaran pula akan payah terima apa yang dimuslihatkan.

Ustaz Fadzil Noor pernah ke rumah Anwar Ibrahim sebaik Anwar dipecat dari Timbalan Perdana Menteri tanpa memaklumkan kepada sesiapa dalam PAS. Tindakan itu dipertikai PAS, tetapi Ustaz Fadzil menjawab, sepatutnya pimpinan diberi sedikit kebebasan untuk membuat sesuatu tindakan tanpa menyebutkan dulu kepada parti.

Saya boleh bersetuju dengan kemahuan Ustaz Fadzil betapa pimpinan diberi untuk bertindak terhadap apa yang difikirkannya baik. Dan pemimpin itu mestilah berani bertindak termasuk dalam perkara yang mulanya dirasakan tidak popular.

Pada akhirnya pemimpin mestilah membuat apa yanga dipersetujui oleh semua dan pemimpin itu mestilah bersedia untuk didengar.

Khalifah Abu Bakar Siddiq dan Khalifah Umar al-Khatab tidak mengira mereka adalah orang terbaik ketika menerima pelantikan khalifah tetapi meminta teguran terhadap apa yang dikira tidak kena.

Dan kita juga wajar faham tidak semua yang pemimpin nampak dinampak sama oleh orang lain. Maka pemimpin itu perlu diberi keperacayaan orang bawah bertindak apa yang difikirkannya baik dan apa yang pemimpin fikir baik itu tidak dirasakan baik oleh orang lain.

Itu jika kita bercakap dengan dan tentang pemimpin dari manusia biasa. Biasalah apa yanga dia nampak, orang lain tidak nampak.

Bukan semua yang pemimin nampak, orang lain nampak.

Mungkin kita boleh merujuk kepada perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dengan wakil Musyrikin Quraisy. Tidak semua yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. disetujui oleh para sahabat yang terdekat.

Baginda bersetuju dengan bantahan Quraisy tentang muqadimah perjanjian tidak menggunakan kalimah Rasulullah tetapi menggunakan Muhammad saja. Sayidina Ali yang jadi juru tulis draf perjanjian enggan memadamkan kalimah Rasulullah. Maka Baginda sendiri memadamnya.

Sahabat-sahabat termasuk Umar al-Khatab tidak setuju perjanjian memulangkan orang Makkah yang lari ke Madina tetapi orang Madina lari ke Makkah tidak dipulangkan. Usai perjanjian baginda minta semua bertahalul sebelum kembali ke Madinah. Sekaliannya enggan bertahalul.

Baginda mengadu pada isterinya tentang bantahan para sahabat itu. Nasihat isterinya, baginda dulu tahalul. Lalu sekaliannya tahalul.

Jika keputusan Nabi ada yang sahabat besar tidak nampak hikmahnya, maka tentulah ada yang tidak faham keputusan pemimpin biasa. Bagaimana pemimpin ulama tentunya membuat keputusan berdasarkan panduan lazim pimpinan Islam seperti istikharah dan ada ijtihadnya, maka wajar semuanya memberi kepercayaan dan kebebasan kepada seorang amir membuat keputusan.

PAS sebagai parti dakwah tidak wajar putus asa dengan Umno tipu dalam soal pindaan hudud di Parlimen, tetapi hikmat dari boleh berbaik dengan Umno membuka peluang kepada orang PAS bergaul mudah dengan orang Umno. Tentunya peluang baik digunakan untuk menyampaikan mesej dakwah.

Adapun tentang pilihan raya, cerdiklah supaya tidak terikat.

Sepanjang PAS berkonfrantasi dengan Umno, waktu pilihan raya saja perahu undi PAS pergi ke rumah Umno. Tiada apa dapat buat bila Umno tutup pintu pada perayu undi PAS.

Jika selepas kerjasama, harihari bertemu orang Umno, maka orang Umno tidaklah terasa sangat waktu pilihan raya saja PAS temu mereka. Ketika orang Umno sendiri keliru dengan Umno, maka ini masa yang terbaik untuk berinteraksi dengan orang Umno.

Ini satu percubaan politik baru sebagai pembangkang. Bekerjasama kerana Allah, menjadi pembangkang pun kerana Allah. Salahkah kerjasama itu sebagai permulaan PAS ganti Umno?

Tiada ulasan: