"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir dipecat dari jawatan penasihat Petronas

Jawatan Tun M sebagai Penasihat Petronas ditamatkan

PETALING JAYA: Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, penamatan itu ekoran tindakan Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini.

Justeru, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada.

“Kabinet (Jemaah Menteri) hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

“Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.

Tiada ulasan: