"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DI MANA NOKTAH SENGKETA UMMAH??

▶Pimpinan Utama UMNO, PAS & AMANAH,
▶Calon PRK Umno, Pas & Amanah
▶Semua Pendokong dan Pekerja Parti Umno, Pas & Amanah
▶Semua penyokong totok dan ekstrim Umno, Pas dan Amanah
▶Semua rakyat Malaysia.

Assalamu-'alaikum , Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Kekeluargaan,

PERUTUSAN TALI ALLAH
*********************

1- Sejarah telah tercipta bahawa UMNO telah berpecah tragis kepada Semangat 46, Team A & Team B dan KeADILan. Kira-kira 20 tahun negara goyah dan rakyat terabai.

2- Sejarah termaktub isu kafir mengkafir tahun 1980-an. Ramai yang berdosa tak terampun sesama sendiri kerana takfiri kafir mengkafir, zalim menzalimi dan serang menyerang hingga berlaku pembunuhan sesama SAUDARA SENDIRI. Tidak kurang juga berpecah keluarga dan cerai-berai suami isteri kerana ideologi politik berbeza. Kesatuan lemah dan ummah terpinggir selama 30 tahun.

3- Kini pula, sejarah baru setahun jagung diukir bahawa Parti IKON Melayu Islam iaitu P AS juga hancur kepada firqah baru iaitu AMANAH. Ummah berselerak terabai dan pengikut bercakaran menyusun dosa hampir setahun.

4- Perihal PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar - rasanya yang PASTI iaitu 2 - 3 hari lagi sebelum hari mengundi nanti mungkin calon PAS @ UMNO akan tarik diri daripada SALAH SATU PRK iaitu samada di SUNGAI BESAR @ KUALA KANGSAR dan pengundi-pengundi mereka disuruh mengundi UMNO/PAS demi memastikan mendapat undi maksimum PASTI menang, yang mana UMNO menang Parlimen Sungai Besar dan PAS pula menang Parlimen Kuala Kangsar....Manakala parti Amanah/calon Bebas akan kalah. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk Umno/Pas ' to apply smart partnership strategies ' yang mereka idam-idamkan sekian lama.

5- Apapun diharap SEMUA TIGA PIHAK yang bertanding daripada UMNO, PAS dan AMANAH samada daripada pemimpin besar atau kecil, yang serban 2.5 kg atau yang berjubah, yang bertaraf VVIP atau Dato, penyokong totok atau pekerja kempen ekstrimis dan lain-lainnya untuk menjaga TATASUSILA PERKATAAN, PERBUATAN, TINDAKAN, KENYATAAN AKHBAR dan ARAHAN TINDAKAN mengikut lunas Islam , berakhlak dan demokrasi professional tinggi.

6- Ini kerana segala tindak tanduk dari TIGA Parti (UMNO, PAS, AMANAH) yang berteraskan semua "ORANG ISLAM" ini diperhatikan oleh MAD'U kita seluruhnya termasuk bukan Islam! Gambaran Islam itu adalah pada amalan perbuatan susuk tubuh penganutnya.

7- Kesalahan tindakan dan buruk tingkahlaku dari TIGA PARTI MUSLIM ini akan membawa FITNAH BESAR kepada ISLAM dek kerana perlakuan penganut-penganutnya(mukmin).

8- Sesungguhnya semua orang Islam atau MUKMIN itu adalah khalifah dan da'ie yang TUGASNYA menyeru ke arah kebaikan terhadap semua manusia, walhal jabatan kerajaan , agensi, pertubuhan, PARTI POLITIK, Ngo-Ngo, jawatan dan pangkat hanyalah WASILAH untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di mukabumi ini.

9- Jadilah insan mulia yang tetap boleh menerima kebenaran walaupun pahit .Mohon jagalah ADAB-ADAB SESAMA SAUDARA SEAGAMA. Semua kebenaran itu adalah DARI Allah SWT dan BUKAN dari penulis. Saya yang menyampaikan ini pun dari Qudrat dan Af-'al Allah jua. Penulis dan kita semua adalah patung wayang sahaja yang dipinjamkan nyawa oleh Allah swt melata di bumi untuk menunaikan amanahNya.

10- Dosa kita dengan Pencipta kita boleh mudah terus mohon pengampunan, akan tetapi dosa dengan dengan manusia akan dibawa ke kubur...(jika tidak diselesaikan).Semoga Allah swt memberikan ibrah buat semua termasuk penulis sendiri....In Syaa Allah. Aamiiin...

Salam ukhuwah.

Yang Benar,

HJ IBNI KHALID JURAIT.
Sri Hartamas.
Kuala Lumpur.
011-1093-2926.

14 Jun 2016, 10.02 pagi.

Tiada ulasan: