"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita Arab Saudi Diserang Hanya Sandiwara Politik?

Muhammad Sufian
1. Kita semua digemparkan dengan berita bahawa Arab Saudi diserang oleh Syiah Houhi.Semoga Allah selamatkan tanah haram dari musuh islam.Kita juga tahu bahawa sesetengah tempat di Yaman hampir hancur dan musnah akibat peperangan di antara syiah houthi dan sunni di yaman.Maka ada sesetengah orang yang membuat spekulasi bahawa perang di sana hanya perbezaan ideologi politik, benarkah?

2. Guru saya dari Yaman iaitu Al Fadhil Syaikh Duktur Nasir, ketika di dalam kelas tempoh hari, wajah beliau agak muram.Sesekali beliau akan melihat telefon bimbitnya.Ada kalanya, beliau membatalkan kelas.Kami bertanya,kenapa beliau bersedih? Hal ini kerana beliau risau keadaan keluarganya di sana.Beliau sering melihat telefon bimbit kerana hendak mengikuti apa perkembangan terbaru di Yaman.

3.Kemudian beliau menceritakan kepada kami,perang di Yaman terbahagi kepada tiga pihak.Pihak pertama ialah sunni di yaman,kedua syiah houthi dan yang ketiga ialah arab saudi.Pihak Syiah Houthi lah yang memberontak membunuh orang awam di sana.Bagaimana dengan Arab Saudi? Kata guru kami, Arab Saudi dalam isu ini mereka adalah pihak luar yang datang menolong tentera sunni.Jadi kita mesti menyokong mereka.Berita bahawa arab saudi menurunkan bom menghancurkan rumah orang awam sesuka hati di sana tidak tepat.Mereka hanya menghancurkan tempat markas pihak syiah houthi.

4.Beberapa hari ini, kita digemparkan pula apabila Syiah Houthi cuba untuk menyerang Arab Saudi.Hal ini kita telah lama ketahui bahawa syiah memang berdendam dengan arab saudi.Walaupun mungkin kita ada berbeza pandangan dalam feqah dengan arab saudi, tetapi kita hendaklah menyokong mereka mempertahankan dua tanah suci.Lupakan dakyah yang mengatakan kononnya saudi adalah proksi amerika.Jika raja saudi terdahulu sebelum ini mungkin akan memberi ruang kepada barat.Tetapi apabila Raja Saudi yang baru naik tahta iaitu Raja Salman, beliau agak tegas dalam hal-hal pemerintahan.

5. Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama datang ke Arab Saudi untuk berjumpa Raja Salman. Kemudian ketika pertemuan itu azan asar dilaungkan.Terus Raja Salman pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah dan meninggal Barrack Obama.Terpinga-pinga Obama diuatnya.Hal ini kerana bersolat mengadap Allah lebih mulia daripada melewatkan solat hanya kerana untuk berbicara dengan mahkluk.Ini sikap yang perlu kita contohi.

6.Arab Saudi di bawah pemerintahan sekarang iaitu King Salman banyak membantu dan memberi sumbangan kepada umat islam yang lain.Ketika umat islam rohingnya ditindas, mereka memberi bantuan di sana dan mengambil lebih 200000 rakyat rohingnya menetap di arab saudi.Tetapi berita ini tidak diviralkan.Selain itu,Arab Saudi juga membantu rakyat palestin di sana dengan membina penempatan dan memberi sumbangan USD200 juta.Malangnya berita berita ini tidak sampai kepada kita.

7. Sekarang golongan syiah houthi cuba untuk menyerang sunni di Arab Saudi terutama sekali di Mekah.Tindakan sebegini amat keterlaluan.Marilah kita berdoa agar saudara kita di Arab Saudi, Yaman dan seluruh dunia dipermudah urusan dan mempunyai kekuatan untuk menentang musuh-musuh islam.

fb Muhammad Sufian

Tiada ulasan: