"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamal ‘bertembung’ Zuraida di balai polis

Mohamad Fadli
zuraidai_polis
AMPANG: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini bertembung di Ibu Pejabat Balai Polis Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada polis berhubung insiden pergaduhan di sebuah pusat beli-belah.

Zuraida terlebih dahulu tiba di balai polis berkenaan bagi membuat laporan polis mengenai ugutan dan ancaman kepada anggotanya.

“Beliau (Jamal) nak cincang-cincang. Jadi beliau orang yang berbahaya. Saya nak lapor polis kepada Jamal yang beliau nak cincang anggota saya.

“Beliau merbahahaya, saya dan Ketua AMK Ampang Adam Rosly akan buat laporan mengenai kacau ganggu rumah pada 13 November lalu. Kita ada 50 laporan yang dibuat mengenai kekasaran Baju Merah pada 13 November lalu,” katanya.

Zuraida juga menyaran semua pihak membuat laporan polis terhadap keganasan dan kebuasan Jamal kerana beliau seolah-olah berleluasa selepas insiden ditumbuk sehingga hidungnya berdarah.

Zuraida sebelum ini bersama beberapa penyokongnya berada di pusat beli belah Ampang Point bagi mengedarkan risalah Bersih 5, ketika sekumpulan lelaki diketuai Jamal mula mengherdiknya dalam usaha kumpulan Baju Merah menghalang perhimpunan November 19 anjuran Bersih 2.0.

Tiada ulasan: