"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahligai RM7 Juta Ketua AMK Ampang Dipersoal (Gambar)


TIDAK bekerja namun boleh hidup serba kemewahan? Itulah persoalan yang ditimbulkan selepas pendedahan di media sosial baru-baru ini mengenai kehidupan Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Adam Rosly Abdullah.

Pemuda yang berusia 28 tahun ini dipercayai berasal dari kawasan setinggan dan tidak mempunyai ibu bapa atau keluarga kaya, namun berjaya memiliki aset bernilai jutaan ringgit.
Di media sosial, tersergam indah mahligai milik Adam Rosly yang dipercayai bernilai RM7 juta selain beberapa kereta mewah terdiri daripada BMW, Mercedes dan lain-lain berderetan di dalam laman rumah tersebut.

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal
Sudah tentu, dengan usianya yang muda itu, timbul pula persoalan bagaimana dia boleh memiliki kemewahan itu.

Pendedahan mengenai kekayaan anak muda ini sudah diragui sejak tiga tahun lalu namun ianya tiada penjelasan dan bukti yang kukuh untuk menjawab setiap persoalan.

Mahligai Bernilai RM7 Juta? Kemewahan Ketua AMK Ampang Dipersoal

Difahamkan, rumah yang terletak di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang itu ditaksirkan berharga RM7 juta dibeli selepas dilelong oleh pihak bank.

Bagaimanapun Adam Rosly melalui akaun Facebooknya menjelaskan ‘serangan’ terhadap dirinya dengan mengaitkan harta adalah satu fitnah jahat.

“Politik kotor, serang peribadi dan rumah. Fitnah jahat, tuduh saya ambil wang rakyat,” tulisnya.

Dia mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Siasat saya! Siasat saya! 24 jam kerjasama saya kepada SPRM.

“Saya bukan penyamun macam kalian,” tulisnya.

Pendedahan ini juga turut mengaitkan kekayaan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin selepas ‘anak buahnya’ itu tampak mewah pada usia muda.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos turut mempersoalkan kekayaan Adam Rosly yang dianggap luar biasa.

“Ini satu petunjuk, mereka tuduh orang lain dan akhirnya apa yang mereka buat itu untuk menutup kesalahan dengan menuduh kerajaan pusat.

“Padahal merekalah penamun, penyangak, perasuah di dalam negeri Selangor dan Ampang ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

-------------------------
"Saya Beli Rumah Dengan Wang Hasil Titik Peluh" - Adam Rosly

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly berkata beliau mampu membeli kediaman mewah ala sebuah istana di Ampang kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.


"Pada hari ini, bukan suatu yang luar biasa untuk golongan muda menjadi kaya. Saya boleh beri jaminan bahawa saya memperoleh wang hasil titik peluh saya," kata Adam.
Adam menjelaskan bahawa beliau mendapat harta kekayaan tersebut melalui pelbagai perniagaan yang diwarisi daripada keluarganya.

"Tidak semua orang yang kaya memperoleh wang menerusi dana politik. Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan secara terbuka membina rumah di kawasan seperti itu," katanya.
Adam Rosly.

Adam berkata rumah yang didakwa Jamal bernilai RM7 juta itu hanya menelan kos pembinaan sebanyak RM1 juta.

Katanya, beliau telah memenangi bidaan untuk rumah yang merupakan projek terbengkalai dalam satu lelongan bank.

Sambil menegaskan beliau tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan negeri, Adam berkata AMK melakukan yang terbaik untuk memastikan ahlinya tidak menerima rasuah.

"Kami bersih dan saya menggesa Jamal supaya tidak bermain politik kotor," katanya.

Adam berkata demikian pada Selasa selepas membuat laporan polis terhadap Jamal kerana berkumpul di hadapan rumahnya di Ampang pada Ahad lalu./mstar

Tiada ulasan: