"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas bukan hina Mahathir saja malam tadi, tetapi seluruh pembangkang

BORHAN AHMAD
Pihak penganjur menyiapkan kerusi untuk Naib Presiden Pas, Iskandar Samad, namun ia tinggal kosong.
Pihak penganjur menyiapkan kerusi untuk Naib Presiden Pas, Iskandar Samad, namun ia tinggal kosong.

Tindakan para pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli partinya tetapi juga pembangkang keseluruhannya.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.
Terimalah realiti Pas tidak akan meninggalkan Najib, kata Zaid Ibrahim kepada pembangkang.
"Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya,"kata bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Namun Zaid tidak terkejut apabila seorang pun pemimpin Pas tidak hadir dalam majlis itu.

"Saya tidak terkejut bila Pas tak hadir semalam kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib," kata Zaid kepada Malaysia Dateline.

Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presidennya, Datuk Iskandar Samad ke majlis.

Namun kedua-duanya terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran Bersatu di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Datuk Iskandar Samad tinggal kosong.

Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.
Dalam ucapannya, Mahathir mengalu-alukan kedatangan pemimpin Pas tanpa menyedari mereka tidak datang sebenarnya.
Malaysia Dateline difahamkan, wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.

Namun, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat tengahari semalam dipercayai membuat keputusan agar kedua-duanya tidak menyertai majlis Bersatu itu.

Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh Pas, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari juga menghina Mahathir apabila berkata mereka sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi tidak dengan Mahathir.

Bagi beliau, ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memujuk Pas malam tadi hanya harapan semata-mata.

"Ini hanya 'wishful thinking' sahaja. Terimalah realiti,"kata Zaid mengulas ucapan itu.

Bagi beliau, apapun jumlah pengundi Melayu yang hilang kerana Pas, sudah cukup dan boleh di 'top up' melalui gabungan Bersatu dan Amanah.


"Tetapi kalau tiada keyakinan susahlah," kata Zaid.

"Apa guna kita buat majlis pelancaran besar-besaran jika masih tak yakin. Jika kita yakin, dan Amanah pun yakin, saya pun yakin ia boleh diatasi. Gabungan Bersatu dan Amanah ini boleh.

"Dua atau tiga penjuru, saya yakin kita boleh jatuhkan Najib," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Harapan untuk heret Pas sudah berakhir, kata Sayuti Omar.
Harapan untuk heret Pas sudah berakhir, kata Sayuti Omar.Dalam pada itu, penulis Mohd Sayuti Omar membuat kesimpulan, tanpa kehadiran pemimpin Pas ia menunjukkan bahawa harapan untuk mengheret sama parti agama itu dalam pakatan Harapan sudah berakhir.

"Dengan apa yang berlaku malam ini maka semakin jelas dan boleh disahkan yang Pas akan bersendirian untuk menghadapi Piraum akan datang ataupun kalau ia mencari regu, regunya ialah Umno," tulis Sayuti melalui akaun Facebooknya.

"Makanya mulai malam ini semua pihak pembangkang jangan menanti dan mengharapkan Pas lagi. Reda dan lepas Pas dengan cara politiknya sendiri. Hak asasi berpolitik kena dihormati," katanya lagi.

Bagi beliau, parti-parti Pakatan Harapan harus yakin untuk membina kekuatan sesama mereka bagi menghadapi UBN dalam PRU akan datang.

"Melihat kepada kepaduan ditunjukkan malam ini (tadi) pakatan baharu ini dapat merealisasikan harapan rakyat untuk menumbangkan UBN," tegasnya.

Tiada ulasan: