"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu kahwin dengan anak sendiri (Gambar)

Kes ‘haruan makan anak’ yang melibatkan bapa dan anak perempuan bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini.

Tetapi bagaimana pula jika situasi menjadi terbalik, iaitu si ibu pula yang melakukan hubungan cinta ‘luar tabii’ dengan anak kandung sendiri, pasti amat sukar diterima bukan?

Itulah berita yang pernah menggegarkan media Indonesia pada tahun 2000, apabila seorang wanita dikenali sebagai Betty menjalinkan hubungan cinta dengan anak kandungnya sendiri, Ridwan yang ketika itu berusia 19 tahun.

Menurut Betty, dia tidak rela melihatkan anak lelakinya itu jatuh cinta kepada wanita lain sehinggalah membuatkan dia sanggup membiarkan dirinya dinodai oleh Ridwan.

Tambah Betty, dia berasa kesunyian semenjak suaminya meninggal dunia kira-kira 12 tahun lalu dan anak lelakinya pula memiliki iras seakan wajah ayahnya.

Ia kemudian mulai memupuk perubahan rasa sayang dari anak kepada kekasih, lebih mengejutkan apabila cinta Betty terhadap anaknya tidak bertepuk sebelah tangan.

Sejak dari pada itu, kedua-duanya menjalinkan hubungan cinta terlarang sehingga mereka beberapa kali terlanjur melakukan sumbang mahram.

Wanita yang berasal dari Ambon itu mengatakan bahawa mereka merupakan pasangan yang begitu mencintai satu sama lain dan ingin membuat hubungan mereka ke peringkat seterusnya, memandangkan Betty pada ketika itu telahpun hamil enam bulan.

Bagaimanapun perbuatan mereka terbongkar apabila perut Betty semakin membuncit, membuatkan ketua kampung di daerah kediamannya memutuskan untuk menghalau kedua-dua beranak itu.

Difahamkan, kedua beranak itu meninggalkan kampung mereka dan telah melangsungkan pernikahan mereka di tempat lain, meskipun perkahwinan mereka itu terang-terangngan bertentangan dengan norma dan agama. – Mynewshub

Tiada ulasan: