"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejam, Mata kanak-kanak dicungkil ibu sendiri



Harare – Hanya kerana kencing malam, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dicungkil matanya oleh ibu sendiri dalam kejadian yang berlaku di wilayah Masvingo di tengah Zimbabwe.

Menurut laporan Mail Online, wanita yang tidak didedahkan namanya mengaku melakukan jenayah itu dan hanya ketawa apabila polis tiba.

“Dia bukan anak saya,” katanya ketika ditanya polis mengenai motif kekejaman tersebut.

Gambar yang dirakam selepas kejadian itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan duduk dengan kesan darah pada bajunya sementara bebola matanya hancur.

Tidak dapat dipastikan sama ada bapa mangsa berada di lokasi ketika kejadian tersebut berlaku.
Polis tidak mendedahkan butir lanjut mengenai tuduhan yang akan dihadapi wanita berkenaan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia ditangkap.

Media tempatan melaporkan kes itu masih disiasat.

Kencing malam ketika tidur adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak sehingga usia empat tahun, menurut pakar perubatan.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: