"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanya kelayakan exco agama, saya dihalau dari dewan, kata Husam

ZIKRI ABDULLAH
Datuk Husam MusaNaib presiden parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa yang dikeluarkan dari persidangan dewan negeri Kelantan hari ini, berkata, beliau menerima nasib seperti ini semata-mata kerana bertanyakan kelayakan exco agama di dewan berkenaan.

Selepas beliau dilarang untuk berbahas katanya beliau cuba mengikuti sesi penggulungan walaupun beliau beranggapan persidangan sudah bertukar menjadi kuliah oleh seorang exco agama.

"Itulah rutin dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini," katanya.

Menurut beliau tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan.

"Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio agama yang diketuainya," katanya.

Menurut Husam terdapat pelbagai masalah yang belum selesai mengenai pentadbiran agama Islam di Kelantan.

"Misalnya di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan.

"Juga belum diluluskan di negeri Kelantan ialah Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting.

"Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah.

"Malah Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah pada 1998," katanya.

Syarahannya kata beliau, mengalahkan mufti dan profesor.

"Kuliahnya pagi ini mengenai gugurnya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.

"Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa?

"Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati?

"Pertanyaan seperti itu paling wajar ditanyakan kepada MB yang melantik beliau.

"Rupanya, harga soalan mengenai kelayakan Exco Agama Kelantan sangat mahal." ujarnya.

Ketika Menteri Besar. Datuk Ahmad Yakob menggulung perbahasan tadi, Husam diiringi Bentara dengan cokmar diusung keluar dewan.

"Sensitif kepada speaker dewan menanyakan kelayakan kawan beliau, exco agama Kelantan?

"Tanpa amaran saya 'digiring' keluar dewan atas arahan speaker Dun kerajaan Islam Kelantan, dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan," katanya.

Bagi beliau sejarah tercipta oleh sebuah Kerajaan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob.

"Insya Allah ia akan kekal menjadi rekod sama ada kerajaan ini demokratik atau menghayati semangat 'syura' atau ketiadaan kelayakan menjadikan pimpinannya takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya.

Tiada ulasan: