"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib umum bekas veteran sedia kembali sertai Umno?

PRESIDEN Umno Najib Razak sedia untuk membuat pengumuman hari ini  berhubung spekulasi membabitkan nama–nama besar yang meninggalkan parti itu sebelum ini.
Bagaimanapun difahamkan Shafie Apdal, yang dipecat daripada parti dua tahun lalu bukan salah seorang daripada mereka.
The Malaysian Insight dan beberapa portal berita lain bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki sidang media itu. Ia hanya dikhususkan kepada media arus perdana.
Ketika sidang media ini dumumkan semalam, spekulasi bahawa Najib akan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 14 mula tersebar.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan perkara itu dan meminta semua untuk menunggu pengumuman yang akan dibuat. – 17 September, 2017.

Tiada ulasan: