"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri cuba racun suami, teracun keluarga mertua


Asiya didakwa cuba membunuh suaminya. - Foto sumber Caters/Malaysian Digest
MULTAN - PAKISTAN. Cubaan seorang wanita membunuh suaminya bukan sahaja gagal malah beliau menyebabkan 12 mangsa lain maut.

Menurut laporan AFP, Asiya Bibi meletak racun dalam susu suaminya minggu lepas tetapi mangsa tidak meminumnya.

Susu berkenaan kemudian dijadikan campuran untuk Lassi, sejenis minuman berasaskan yogurt yang kemudian dihidangkan kepada keluarga suaminya.

Selain itu 13 mangsa dilaporkan maut termasuk suami Asiya setakat ini, manakala 14 yang lain sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, polis telah menahan Asiya, seorang lelaki dipercayai kekasih suspek dan ibu saudara Asiya yang didakwa dalang rancangan tersebut.

Ketiga-tiga suspek berhadapan dakwaan membunuh.

Asiya sebelum ini dikahwinkan dengan mangsa dalam satu perkahwinan yang dirancang keluarga pada September.
-sinarharian

Tiada ulasan: