"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selamba lakukan seks dalam bas (Gambar)


Seorang lelaki dan perempuan dipercayai pasangan kekasih dengan selamba melakukan hubungan seks di dalam bas dua tingkat di Shoreditch, London, tengah malam Jumaat.

Seorang penumpang yang terkejut sempat merakamkan adegan tersebut yang menunjukkan pasangan berkenaan sedang melakukan seks di dalam bas bernombor 149 itu.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat seorang wanita tidak berbaju duduk di atas seorang lelaki, manakala penumpang lain hanya diam melihat apa yang berlaku.

Menurut seorang saksi, mereka semua tidak menghiraukan tindakan pasangan itu dan membiarkan mereka meneruskan ‘urusan’ mereka.

Seorang lagi penumpang berkata: “Beberapa orang sedang melihat mereka tetapi lelaki itu hanya ketawa dan menghargai semua orang apabila teman wanitanya membuat bising.

“Saya rasa dia tidak dapat menunggu sehingga pulang ke rumah, mungkin dia masih tinggal dengan ibunya,” katanya.

Akhirnya, adegan melampau pasangan itu terpaksa dihentikan apabila pemandu mengarahkan mereka keluar dari bas di Harringay. -metroUK
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: