"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru Matematik hilang nyawa ditikam anak

Harian Metro
Beijing: Berang kerap kali ditegur dan dipukul ketika membuat kerja sekolah, seorang remaja berusia 15 tahun menikam bapanya hingga mati di rumah mereka di Dongkou, wilayah Hunan, Ahad lalu.

Mangsa yang juga seorang guru Matematik berusia 44 tahun dikatakan sering memberi tekanan kepada anaknya kerana gagal mencapai keputusan cemerlang di sekolah.

Portal berita Thepaper.cn yang memetik kenyataan polis melaporkan, ketika kejadian, ibunya cuba menenangkan keadaan, namun turut diserang oleh mangsa sebelum anak perempuannya itu mencapai sebilah pisau dan menikam dadanya.

Kejadian turut dilihat oleh nenek dan adik lelakinya yang baru berusia 40 hari.
a police car parked in front of a building: Remaja perempuan ditahan polis selepas menikam bapanya hingga mati. FOTO South China Morning Post
Remaja perempuan ditahan polis selepas menikam bapanya hingga mati. FOTO South China Morning Post© Provided by Media Prima Remaja perempuan ditahan polis selepas menikam bapanya hingga mati. FOTO South China Morning PostRemaja terbabit ditahan polis susulan kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: