"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar bincang isu rundingan lantikan menteri dengan Mahathir

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menyampaikan keresahan sejumlah pemimpin parti itu dalam isu rundingan pelantikan menteri kerajaan baru.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik pandangan itu.

"Namun (perkara itu) harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam berkata Mahathir mengumumkan pelantikan tiga menteri kanan tanpa berunding dengan parti itu.

Bagaimanapun sumber daripada parti komponen HARAPAN berkata wakil PKR ada bersama pemimpin lain tetapi beredar sebelum mesyuarat bermula.

Dalam pada itu, beliau berkata telah meminta pemimpin PKR untuk memastikan kerajaan baru pimpinan Mahathir dan timbalannya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mantap dan kukuh serta dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Saya menggesa rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita," katanya lagi.

Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara pada Selasa ini. Mahathir sebelum ini berkata kerajaan akan mendapatkan pengampunan diraja untuknya daripada Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan: