"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS khianat, kata ketua penerangan BERJASA

Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) berkata mereka dikhianati sekutu mereka PAS apabila hanya diberikan lima kerusi pilihan raya daripada 17 yang diminta.

Malah, kata ketua penerangannya Mohd Junip Huzayin, daripada jumlah itu, hanya tiga kerusi dibenarkan menggunakan logo parti itu dan selebihnya menggunakan lambang PAS.

“Namun sekarang seperti ada sesuatu yang tidak kena dan kita menyesal kerana ia seperti ada udang di sebalik batu atas persahabatan itu apabila BERJASA hanya diberi tiga daripada 17 kerusi,” Junip dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Dalam sidang media, di Kamunting hari ini, Junip juga dilaporkan berkata Gagasan Sejahtera hanya mainan politik PAS.

Beliau juga berkata semua kerusi yang diberikan kepada BERJASA adalah kerusi majoriti Cina.

“Boleh dikatakan semua kerusi yang diberi adalah kerusi tidak boleh menang seperti kerusi Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Batu Gajah,” katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: