"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah ini komplot terancang untuk kemenangan kepada MB sementara

Calon PKR pertikai IGP, dakwa polis ancam dengan gari
Calon PKR, Dr S Streram yang tidak dapat menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di kerusi DUN Rantau mempertikaikan dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Muhamad Fuzi Harun bahawa polis tidak menghalang beliau daripada memasuki pusat penamaan calon di Rembau.

"Dia bohong, polis tahan saya, dan mereka kata akan gari tangan saya. Terdapat kira-kira 20 pegawai polis, mereka menahan dada saya," katanya pada sidang media di Seremban.

Streram tidak dibenarkan masuk ke pejabat daerah Rembau atas alasan beliau tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Rakaman video menunjukkan Streram cuba masuk ke pusat penamaan calon tersebut sementara polis membentuk barisan untuk menghalangnya daripada berbuat demikian.

Fuzi berkata polis hanya bertindak atas permintaan pegawai pilihan raya yang meminta bantuan mereka.

Streram menafikan beliau terlupa membawa pasnya, sebaliknya menyatakan pas berkenaan tidak dikeluarkan kepadanya.

Pakar bius berusia 62 tahun itu berkata beliau membayar wang deposit pada Rabu lalu dan mendapat borang pencalonan, namun tidak dimaklumkan mengenai keperluan untuk mendapatkan pas berkenaan.

Streram berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu semalam dan telah bergegas ke Pejabat Daerah Rembau untuk mendapatkan pas tersebut sebelum mendapati pejabat itu telah ditutup.

Katanya, seorang pegawai pilihan raya memberitahunya bahawa beliau boleh mengambil pas di pusat penamaan pada hari penamaan calon.

"Jadi pukul 8 pagi, saya tiba di pusat penamaan calon (untuk mengambil pas saya) ... tetapi mereka kata saya tidak dibenarkan untuk memasuki pusat penamaan walaupun telah mengisi borang pencalonan," katanya.

Streram berkata beliau kemudian cuba meminta individu lain untuk mengemukakan borang pencalonan bagi pihaknya, tetapi mereka juga disekat oleh pihak polis atas alasan tidak mempunyai pas.

Beliau berkata semasa rundingan itu, seorang pegawai pilihan raya keluar dari pusat penamaan calon dan berjanji untuk menyelesaikan masalah itu tetapi tiada apa yang berlaku.

Ketika masa bagi proses pencalonan hampir tamat, Streram berkata beliau dan penyokongnya cuba mengabaikan pihak polis bagi memasuki pusat pencalonan tetapi ditahan oleh pihak berkuasa itu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: