"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Nik Omar kini idola baru pengundi wanita, kata pengkaji

MALAYSIA DATELINE 
Pelakun Abby Abadi (barisan depan, dua dari kiri) bersama suaminya ke Pengkalan Chepa bagi mengikjuti ceramah Nik Omar.

Bukan sahaja Wardina Safiyyah, bahkan pelakun Gerak Khas Abby Abadi juga bersama Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Kalau Wardina menulis sokongannya dalam Facebook, Abby pula datang ke Pengkalan Chepa bersama suami beliau untuk mengikuti ceramah Nik Omar.

Itulah gelombang yang berjaya dicipta oleh Pakatan Harapan (PH) melalui penyertaan Nik Omar dalam PRU 14 ini.

Nik Omar telah disahkan sebagai calon PH yang menggunakan logo PKR di DUN Cempaka, tempat ayahdanya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi wakil rakyat ketika hayatnya.

Menurut penganalisis politik Kelantan, Dr Khairudin Damanhoeri, secara khususnya Nik Omar telah berjaya menarik sokongan pengundi wanita dengan ketara sekali.

“60% undi wanita Kelantan kini bersama Pakatan Harapan,” kata pengkaji politik Kelantan itu ekoran kemasukan Nik Omar.

Beliau telah menghantar satu mesej yang beliau terima dari seorang wanita yang berbunyi:

“Smle nk omar mari dkt markas ph pc n bgi cermah pjg lbar n ingin brjuang brsma pkr..ebby abdi pn ada skli..dr jauh dy dtg smta2 nk brsma ustaz nik omar,” tulis seorang pengundi wanita kepadanya.

(Semalam Nik Omar mari dekat markas Pakatan Harapan Pengkalan Chepa dan memberikan ceramah panjang lebar dan ingin berjuang bersama PKR…Abby Abadi pun ada sekali… dari jauh dia datang semata-mata nak bersama Ustaz Nik Omar).

Wardina pula mengucapkan terima kasih kepada anak bekas mursyidul am Pas yang paling berpengaruh itu.

“Terima kasih Ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini… moga menjadi contoh bagaimana politik Malaysia seharusnya berdiri.

“Pernah tak tanya insan-insan hebat ni… ada sebab kenapa mereka memilih PH. Mereka bukan bodoh, mereka bukan tidak ada agama… Fikirkan ya? Ada sesuatu di sana. Ada Harapan semestinya,” tulisnya.

Wardina juga menulis, “dengan ramainya mereka yang berintelek, berwibawa dan ikhlas berjuang… kepercayaan saya kepada PH naik lagi 100%. Subhanallah. Sebak pun ada,” tulisnya.

Beliau mengharapkan mereka yang ikhlas berjuang ini dapat memberi nasihat kepada mereka yang lain dalam PH sekiranya mereka tersilap langkah kelak.

“Kepada pemimpin PH, harapan kami begitu tinggi, jangan dirobek dan hampakan kami. Pimpinlah Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk semua.
“Perbaikilah segala kepincangan sistem dan bebaskan negara dari tamak haloba dan tipu daya. Ya Allah berikanlah kami pemimpin yang sebaiknya untuk kita,” katanya.

Wardina yang memberikan sokongan kepada Pas dalam pilihanraya umum ke 13 lalu meminta pemimpin parti itu merenug perkara ini.

“Maaf ya rakan-rakan dari Pas, namun kita jauh berbeza kali ini di dalam ideologi politik khususnya. Mungkin wajar duduk seketika dan bertanya… mengapa ini terjadi. Saya tak boleh terima hujah mimpi,” tulisnya.

Tiada ulasan: