"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

26 ahli Umno Temerloh sertai AMANAH, tekad mahukan perubahan

AKMAL HAZIQ 
Wakil 26 ahli Umno Temerloh menyerahkan borang penyertaan AMANAH kepada Anuar Tahir.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Temerloh, Haji Mohd Anuar Tahir berkata, hasrat untuk melihat perubahan pada pentadbiran negara ini turut dikongsi oleh ahli-ahli Umno Temerloh.

Sehubungan itu kata beliau, sempena pembukaan Bilik Gerakan PH di Bukit Cermin Dun Mentakab baru-baru ini, seramai 26 ahli Umno Temerloh telah menyerahkan borang menyertai parti AMANAH dan berikrar menyokong PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Majlis pembukaan bilik gerakan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat dengan kehadiran lebih 100 orang pada malam itu.

Borang penyertaan 26 bekas ahli Umno itu diserahkan kepada Anuar yang juga selaku Setiausaha Agung Parti AMANAH Negara.


Sebahagian mereka yang hadir pada majlis pembukaan Bilik Gerakan PH di Bukit Cermin Dun Mentakab baru-baru ini.

Sejurus kemasukan 26 bekas ahli Umno ke dalam Parti AMANAH Negara itu, Cawangan Parti AMANAH Negara Kawasan Temerloh telah ditubuhkan.

“Ini menunjukkan angin perubahan yang berlaku sekarang adalah merentas ideologi politik dan pelbagai latar belakang masyarakat yang pastinya mahu melihat Malaysia bebas daripada pencuri dan nama baik negara dapat dipulihkan,” kata Anuar dalam Facebooknya.

Tiada ulasan: