"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kabinet Muhyiddin petanda kembalinya rejim lama, lapor media asing

MALAYSIA DATELINE
Nikkei (Asian Review) menyifatkan kabinet baharu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam sebagai petanda kembalinya rejim lama.

Sebahagian besar komposisi kabinet tersebut, menurut Nikkei, jawatan diberikan kepada ahli politik daripada Umno yang dicemari pelbagai skandal dan parti Islam konservatif, Pas.

Dalam usaha untuk memulihkan keyakinan dalam ekonomi domestik dan pelabur luar, PM baharu itu memberikan posisi kabinet kepada ahli akademik dan teknokrat.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat perang dagang dan kesan Covid-19, saya sedar rakyat Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap kerajaan ini untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian yang dihadapi rakyat biasa,” kata Muhyiddin dipetik oleh Nikkei.

Untuk Menteri Luar, PM baharu itu memilih Hishamuddin Hussein, bekas Menteri Pertahanan dan beliau adalah sepupu bekas PM Najib Razak yang kini berhadapan kes mahkamah berhubung skandal 1MDB.

Umno, menurut laporan itu mempunyai 11 menteri dalam kabinet berkenaan.

Tiada ulasan: