"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat laporan wanita Amanah ditumbuk ketika mesyuarat

M Fakhrull Halim

Polis sedang menyiasat aduan seorang wanita yang didakwa dikasari, manakala adik perempuannya ditumbuk seorang lelaki dalam satu mesyuarat parti Amanah di Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Kamarudin Mat Salleh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan.

Kamaruddin berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Arahan untuk menyiasat (OTI) telah diperolehi daripada timbalan pendakwa raya,” katanya kepada Malaysiakini. 

Difahamkan pengadu merupakan ketua Wanita Amanah (Awan) Teluk Intan, manakala adiknya merupakan naib ketua Awan Teluk Intan.

Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini,  pengadu mendakwa dia dan adiknya bersama lapan individu lain dijemput menghadiri satu pertemuan di sebuah hotel pada 14 Okt lalu, namun tidak dibenarkan masuk.

Kira-kira jam 9.30 malam, ketika pengadu berada di hadapan pintu bilik mesyuarat tersebut, seorang lelaki menolak mangsa sehingga jatuh dan menumbuk adik perempuannya di bahagian muka.

Dalam laporan polis berkenaan, suspek dikatakan merupakan bekas setiausaha politik kepada pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Ekoran itu, laporan polis dibuat oleh pengadu di balai polis Teluk Intan pada hari yang sama.

Tiada ulasan: