"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Amanah lompat ke PKR?

FAZLI RADZI

Adun Meru dari AMANAH, Fakhrulrazi Mohd Mokhtar didakwa menyertai PKR dengan mendaftar di bawah Cabang Petaling Jaya.

Satu tangkap layar status permohonan keanggotaan PKR yang diterima Malaysia Dateline memaparkan kelulusan untuk Fakhrulrazi menyertai parti itu disahkan dengan nombor keahlian B14000008851.

Bagaimanapun, bekas Naib Ketua Pemuda AMANAH itu dilapor hari ini tidak memberi sebarang ulasan berhubung penyertaan itu walaupun dikatakan telah berbuat demikian pada September lalu.

Fakhrulrazi, 42, yang merupakan bekas Bendahari Pemuda Pas sebelum menyertai AMANAH pernah disabitkan bersalah dan didenda RM1,800 pada 2016 kerana mengucapkan kata-kata hasutan semasa perhimpunan #KitaLawan pada 2015.

Beliau kemudiannya memenangi kerusi N42 Meru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 9,608 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Dalam PRU 2018 itu, AMANAH Selangor menguasai lapan daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi Dun.

Namun, parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu memecat Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman awal tahun ini.

Susulan penyertaan Fakhrulrazi ke dalam PKR, PH Selangor kini mempunyai 41 kerusi Dun dengan PKR menguasai 19 kerusi, DAP (16) dan AMANAH enam kerusi Dun.
 
Blok pembangkang di Selangor dengan hanya 12 kerusi Dun terdiri daripada Bersatu (6), Umno (5) dan Pas satu kerusi manakala Bebas 3 kerusi.

Tiada ulasan: