"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasat dakwaan vaksin diberi kepada VIP, kawan-kawan, kata bekas KM Melaka

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kaedah pemberian vaksin Covid-19 di negeri itu yang dilaksanakan syarikat milik kerajaan negeri (GLC).

Bekas ketua menteri itu berkata, ia berikutan dakwaan terdapat laporan vaksin diberikan kepada individu tidak sepatutnya seperti orang kenamaan (VIP) dan “kawan-kawan”.

“Saya harap kerajaan negeri Melaka siasat kaedah pemberian vaksin dilaksanakan oleh GLC negeri. Ada laporan menyatakan ia diberikan kepada VIP dan ‘kawan-kawan’.

“Harus diingat bahawa vaksin sahaja tidak boleh melawan Covid-19 tetapi proses vaksinasi itu yang penting supaya ia adil dan saksama kepada semua,” kata Adly dalam catatan di Facebook, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu berkata, dalam pemberian dan agihan vaksin, sepatutnya keutamaan harus diberikan kepada mereka yang terdedah kepada Covid-19.

Adly sebelum ini pernah membangkitkan mengenai peratusan vaksinasi yang mana hanya sekitar 4.72% rakyat di negeri itu divaksin dan angka itu berkemungkinan jauh lebih rendah jika mengambil kira jumlah sebenar penduduk pada masa kini.

Beliau turut mempersoalkan berhubung jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) yang beroperasi adalah kurang daripada sepatutnya.

Perkara itu mendapat respons balas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman, yang menjelaskan jumlah penerimaan dos vaksin yang rendah daripada Kementerian Kesihatan menyebabkan proses vaksinasi di negeri itu perlahan.

Rahmad berkata, Melaka hanya menerima 84,380 dos yang mana sebanyak 46,042 dos digunakan untuk petugas barisan hadapan pada fasa pertama. 

Tiada ulasan: